Sunday, June 12, 2011

SEASONED MINCED BEEF TOAST SANDWICH

Menu sarapan yang ini sebenarnya hasil pemerhatian Norma pada juadah yang biasa disediakan oleh rakan di Jubail ni kalau ada perjumpaan Jumanisaa @kaum ibu-ibu di sini.  Kak Eina Moris selalu juga bawakan juadah sandwich inti daging ni...sedap dan kreatif pada Norma.  Setiap kali berjumpa beliau, asyik lupa je nak bertanya bagaimana beliau menyediakannya.  Tapi pagi tadi, dah teringin sangat nak makan dan nak cuba buat, tambahan daging kisar yang dimasak memang sudah ada di dalam peti ais...apa lagi...'mengolah' dan 'mengadun' sendirilah ummi di dapur...guna apa sahaja bahan yang agak-agak digunakan Kak Eina...ye ke tidak tak tahulah tu...kikikikkkk...layan aje la resipinya ye...anak-anak suka sangat makan pagi tadi...Alhamdulillah.

Bahan-bahan:
Daging kisar (diperap dengan sedikit garam, lada hitam, lada sulah dan serbuk bawang putih>ditumis dengan sedikit minyak zaitun, goreng sehingga kering dan masak)
Roti sandwich 
Mayonnaise
Cheese Singles (pilihan jika suka)
Telur (dipukul untuk disalut sandwich nanti)

Cara:
  1. Gaulkan daging kisar dengan mayonnaise.
  2. Sapukan daging tersebut di atas sekeping roti seperti menyapu jem atau kaya.
  3. Lapiskan di atas daging sekeping cheese singles dan tangkup dengan sekeping roti lagi.  Jika tak suka cheese, tak mengapa...memadai dengan mayonnaise sahaja.
  4. Potong sandwich tadi kepada 4 bahagian (bite-size).
  5. Celup ke dalam telur dan goreng dengan minyak yang sedikit dan api yang kecil dan balik-balikkan roti tersebut.
  6. Apabila masak, angkat dan tos di atas kitchen towel untuk menyejat lebihan minyak.
  7. Sedia dihidang dan dimakan...dengan sos cili pun sedap!
*Diadaptasi daripada juadah Puan Rozina Moris-Jubail*

0 comments:

Post a Comment