*Norma guna ikan selar untuk asam rebus tengahari tadi...Alhamdulillah, sedap juga.
Bertemu kembali di Yummylicious...wahh macam rancangan memasak kat TV la pulak... jauh sekali. Kali ni nak kongsi makanan atau lauk favorite kami anak-beranak...actually, lauk favorite ummi (sebab mudah dan cepat) so bila ummi selalu masak dan sesuaikan dengan citarasa anak-anak kecil dalam rumah ni, jadi favorite dish mereka la akhirnya...hehehe...
Tak lupa juga, favorite abah tercinta, kalau ummi buat...kuahnya perlu 'meladung' @ banyak...ikan sekerat dua je...kuah seperiuk! sebab abah akan makan 'nasi banjir' kalau ada lauk asam rebus ni.
Bahan-bahan:
Ikan selar/kembung/tenggiri/cencaru/merah (atau apa sahaja ikan yang ada dalam peti ais ye)
Beberapa ulas bawang merah (Norma suka guna bwg kecil)
Cili kering
Sedikit kunyit hidup (dalam 2-3 cm = 1 liter kuah)
Beberapa keping asam gelugor/keping
Garam
Sayur bendi/terung/timun
Daun kesum dan bunga kantan (kat Jubail ni tak dak, so Norma tak letak lerr...)
Tomato (belah 4)
Sos tiram (2 sudu besar untuk 1 liter air)
Cara:
- Kunyit hidup, cili kering dan bawang merah ditumbuk lumat, bersama sedikit garam.
- Sediakan periuk, letakkan ikan dan bahan ditumbuk tadi, asam keping, dan sedikit air.
- Renihkan sebentar, apabila ikan sudah bertukar warna dan menyerap bahan tumbuk tadi, tambahkan air mengikut jumlah yang dikehendaki (tetapi jangan terlalu cair sampai tak terasa bahan tumbuk tu kan...)
- Tutup periuk sedikit dan biarkan asam rebus tadi mendidih, apabila ikan agak masak, masukkan sayur bendi dan tomato, tutup kembali periuk.
- Akhir sekali masukkan sos tiram dan rasakan lah masamnya dan garam nya. Tak cukup masam, tambahkan lagi asam keping tu ye. Tapi, kurangkan masin ye...blood can go upstairs!
- Norma tak pasti kalau ganti sos tiram dengan sos ikan @ Nampla...mungkin boleh kut (tak pernah cuba).
- Jika suka, letakkan sedikit gula untuk menaikkan rasa asam rebus tadi....gula boleh digunakan untuk seimbangkan rasa kuah). Kecur aihhh...sebab kalau kena rasa pedas, masamnya...mmmpphhh.
- Resipi asam rebus bersos tiram ni Norma belajar sejak di ITM Arau dulu (sekitar tahun 1994 dulu...hehehe...mak aiiii lamanyaaa..) Tapi masa tu bukan Norma belajar masak pun, kami sekeluarga makan di sebuah warung di Kuala Perlis tak silap, ada lauk asam rebus ni...memang favorite mak dan arwah abah lah, bila mak makan masa tu, dia lihat kuah asam rebus di kedai tu sedikit pekat dan rasa lain daripada yang mak biasa buat, bila mak tanya tuan kedai tu, dia kongsi lah resipi ni...katanya dia tambah sos tiram dalam asam rebus dia nak bagi sedap...memang sedap... Tapi lagi sedap kalau ada daun kesum dan bunga kantan, wangi.
0 comments:
Post a Comment