Friday, July 15, 2011

CHAR KUEY TEOW...sempoiiii habis

Wah...dapur tak berasap ke cik Norma?? 

Hehehe...maklumlah sibuk bercuti-cuti di Malaysia ni.  Tapi masak tetap masak walau di mana sahaja diriku berada.  even it is very easy to get food here in Dungun, Alhamdulillah... yet I still prefer to prepare and cook myself.  Since it has been so difficult to get Kuey Teow in Jubail, bila sampai Dungun...menu kuey teow bermain-main dalam kepala...  Pagi kelmarin, Norma sediakan menu tersebut untuk sarapan pagi.

Bahan-bahan:
1 bungkus kuey teow
2 sudu besar udang kering
udang basah dan sotong 
10 biji bebola ikan
5 tangkai cili kering
1 mangkuk taugeh
5 ulas bawang putih (Norma suka letak banyak, bila tumis rencah jadi wangi)
2 biji bawang merah kecil
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis Kipas Udang
garam secukup rasa
sedikit air 
1 biji telur
daun sup dan daun bawang
bawang goreng

Cara-caranya:
  1. Cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering dikisar halus.
  2. Udang dan sotong dibersihkan, sotong dihiris nipis.
  3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing sedikit.  Apabila kelihatan masak, masukkan udang dan sotong.
  4. Gaul sebentar udang dan sotong hingga sotong bertukar warna putih, masukkan sos tiram, kicap dan air (anggaran satu setengah cawan).
  5. Apabila air sudah mendidih, masukkan garam, kuey teow dan kacau rata.  Pastikan air lebih dari kuey teow kerana char kuey teow ini perlu sedikit basah apabila dimakan.
  6. Masukkan taugeh dan terus pecahkan telur di dalam char kuey teow tersebut.  Apabila telur kelihatan separa masak, baru dikacau rata di dalam kuey teow tersebut, ini akan memekatkan kuah.  
  7. Apabila telur sudah masak di dalam kuah, matikan api.  Jangan biar terlalu lama di atas api, tauge akan layu dan tidak rangup.
  8. Keluarkan dari kuali dan tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.  Bolehlah diletak hirisan limau kasturi jika suka, hirisan cili atau cili jeruk.  Hidangkan...InsyaAllah.
Tips:
  • Kenapa sempoiii???  Sebab kalau char kuey teow original recipe, menggunakan air rebusan udang, dikisar kulit udang untuk dijadikan pes...tetapi Norma hanya gunakan udang kering untuk menaikkan rasa udang tu...sempoiii.
  • Bawang putih lebih tak mengapa, lagi wangi dan rasa lain daripada mee goreng atau mihun goreng.
  • Mesti berkuah atau basah apabila dihidangkan panas-panas.  
  • Perlu terus dimakan...kalau tak...kuey toew menjadi kembang, tiada kuah dan akan menjadi kuey teow goreng je le .... :-)