Whoever wants to bake chocolate chip cookies for the first time in life...pleaaaseee...bake this...you will never ever looked at other recipes no more! Trust me...
CHOCOLATE CHIP COOKIES
Bahan-bahan:
250 gram mentega
2 biji telur
100 gram gula perang
100 gram gula kastor
1 penutup esen vanilla
250 gram oatmeal (quaker oat) dikisar halus
250 gram ++ tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
250 gram coklat masakan (diparut)
120 gram gajus (dicincang) atau apa sahaja jenis kekacang
300 gram chocolate chips (Hersheys)
Cara-cara:
CHOCOLATE CHIP COOKIES
Bahan-bahan:
250 gram mentega
2 biji telur
100 gram gula perang
100 gram gula kastor
1 penutup esen vanilla
250 gram oatmeal (quaker oat) dikisar halus
250 gram ++ tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
250 gram coklat masakan (diparut)
120 gram gajus (dicincang) atau apa sahaja jenis kekacang
300 gram chocolate chips (Hersheys)
Cara-cara:
- Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang.
- Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
- Masukkan parutan coklat masakan tadi, pukul hingga adunan mesra dengan coklat.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama oat kisar, soda bikarbonat dan serbuk penaik.
- Akhir sekali masukkan chocolate chips dan gajus ke dalam adunan. Gaul mesra menggunakan jari jemari sahaja.
- Dengan menggunakan jari, cubit adunan dan letakan ke atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega.
- Bakar 130 celcius selama 30 minit. Api bawah sahaja.
Tips:
- tepung gandum perlu ditambah sedikit sahaja jika adunan terlalu lembik.
- jika tidak menggunakan kekacang pun tak mengapa, boleh tambah jumlah chocolate chips.
- apabila cookies sudah cukup 30 minit...ia akan kelihatan lembik apabila dikeluarkan, tetapi sebenarnya sudah cukup masak. Apabila ianya sejuk...cookies akan menjadi sangat rangup.
- aturkan adunan dengan jarak agak jauh kerana apabila masak....cookies akan mengembang.
- PASTIKAN cookies betul-betul sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Terima kasih kepada Kak Zura Arsad di atas resipi ini.
0 comments:
Post a Comment