Tuesday, April 6, 2010

APAM MENTEGA@APAM GULA HANGUS

My first recipe to be published...actually this is the recipe a friend of mine gave me. I wanted to know how to make it very long ago, because I just love eating it. So when she gave me to taste it...straight away I requested for the recipe. It is a very simple Malay kuih that often can be found in any 'warung pagi' in Malaysia...especially in Kuala Lumpur.
I have countless times make this kuih and trust me...the recipe is awesome...trustful...it turned out marvelously every time...
It is called "APAM MENTEGA or APAM GULA HANGUS."



APAM MENTEGA@GULA HANGUS

Gula hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250gm mentega
(Cairkan gula pasir menjadi gula hangus, setelah betul-betul cair, masukkan air dan kacau di atas api yang perlahan sehingga sebati. Tutup api dan masukkan ketulan mentega dan kacau sehingga mentega cair. Sejukkan)

Adunan apam:
4 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
(gula dan telur dipukul hingga kembang dan gula hancur, masukkan esen. Setelah kembang, masukkan adunan gula hangus yang telah sejuk tadi, kacau sebati)

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 tin (400gm) susu cair / evaporated milk
(tepung dan soda bikarbonat diayak sekali. Masukkan tepung diselang seli dengan susu cair ke dalam adunan apam di atas. Sambil dikacau sebati. Adunan yang telah siap dibiarkan selama 30 - 45 minit)

  • Sambil itu panaskan kukusan.
  • Cukup masa, masukkan adunan di dalam acuan apam atau loyang bersesuaian yang telah disapu mentega atau minyak. Sapu sekali sahaja.
  • Masukkan ke paras 2/3 acuan sahaja sebab bila masak, apam kembang.
  • Kukus selama 15 minit.
  • Sejukkan apam sebelum dikeluarkan daripada acuan atau loyang.
Tips tambahan:
  • Acuan yang Norma gunakan ialah acuan apam 7 lubang yang dibuat daripada plastik Melamine sesuai untuk kukus dan microwave. Jika guna acuan ini, setiap kali kukus 15 minit. Satu adunan di atas boleh dapat lebih kurang 40 biji apam!
  • Jika kawan-kawan gunakan loyang tin kek biasa tu, Norma tak pasti berapa lama untuk dikukus...mungkin 30 minit atau mungkin sehingga apam kembang, gebu dan masak.
  • Untuk elakkan air wap kukusan menitis atas apam, balutkan tudung kukusan dengan tuala sebelum ditutup.

2 comments:

Fetty said...

Salam
hujung minggu boleh try
berjaya.. fetty kabor
tak berjaya....senyap cukupla kot

nj said...

fetty...
kena cuba dan pasti jadi...sedap dan mudah je kuih ni...dulu kat dungun berebut beli apam ni kat pasar minggu...la ni terpaksa buat sendiri...huhuhu

Post a Comment