Sunday, August 8, 2010

CRUNCHY CHOCOLATE CHIP COOKIES

Whoever wants to bake chocolate chip cookies for the first time in life...pleaaaseee...bake this...you will never ever looked at other recipes no more! Trust me...
CHOCOLATE CHIP COOKIES

Bahan-bahan:
250 gram mentega
2 biji telur
100 gram gula perang
100 gram gula kastor
1 penutup esen vanilla
250 gram oatmeal (quaker oat) dikisar halus
250 gram ++ tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
250 gram coklat masakan (diparut)
120 gram gajus (dicincang) atau apa sahaja jenis kekacang
300 gram chocolate chips (Hersheys)

Cara-cara:
  1. Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  3. Masukkan parutan coklat masakan tadi, pukul hingga adunan mesra dengan coklat.
  4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama oat kisar, soda bikarbonat dan serbuk penaik.
  5. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan gajus ke dalam adunan. Gaul mesra menggunakan jari jemari sahaja.
  6. Dengan menggunakan jari, cubit adunan dan letakan ke atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega.
  7. Bakar 130 celcius selama 30 minit. Api bawah sahaja.
Tips:
  • tepung gandum perlu ditambah sedikit sahaja jika adunan terlalu lembik.
  • jika tidak menggunakan kekacang pun tak mengapa, boleh tambah jumlah chocolate chips.
  • apabila cookies sudah cukup 30 minit...ia akan kelihatan lembik apabila dikeluarkan, tetapi sebenarnya sudah cukup masak. Apabila ianya sejuk...cookies akan menjadi sangat rangup.
  • aturkan adunan dengan jarak agak jauh kerana apabila masak....cookies akan mengembang.
  • PASTIKAN cookies betul-betul sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Terima kasih kepada Kak Zura Arsad di atas resipi ini.