Wah...dapur tak berasap ke cik Norma??
Hehehe...maklumlah sibuk bercuti-cuti di Malaysia ni. Tapi masak tetap masak walau di mana sahaja diriku berada. even it is very easy to get food here in Dungun, Alhamdulillah... yet I still prefer to prepare and cook myself. Since it has been so difficult to get Kuey Teow in Jubail, bila sampai Dungun...menu kuey teow bermain-main dalam kepala... Pagi kelmarin, Norma sediakan menu tersebut untuk sarapan pagi.
Hehehe...maklumlah sibuk bercuti-cuti di Malaysia ni. Tapi masak tetap masak walau di mana sahaja diriku berada. even it is very easy to get food here in Dungun, Alhamdulillah... yet I still prefer to prepare and cook myself. Since it has been so difficult to get Kuey Teow in Jubail, bila sampai Dungun...menu kuey teow bermain-main dalam kepala... Pagi kelmarin, Norma sediakan menu tersebut untuk sarapan pagi.
Bahan-bahan:
1 bungkus kuey teow
2 sudu besar udang kering
udang basah dan sotong
10 biji bebola ikan
5 tangkai cili kering
1 mangkuk taugeh
5 ulas bawang putih (Norma suka letak banyak, bila tumis rencah jadi wangi)
2 biji bawang merah kecil
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis Kipas Udang
garam secukup rasa
sedikit air
1 biji telur
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
Cara-caranya:
Cara-caranya:
- Cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering dikisar halus.
- Udang dan sotong dibersihkan, sotong dihiris nipis.
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing sedikit. Apabila kelihatan masak, masukkan udang dan sotong.
- Gaul sebentar udang dan sotong hingga sotong bertukar warna putih, masukkan sos tiram, kicap dan air (anggaran satu setengah cawan).
- Apabila air sudah mendidih, masukkan garam, kuey teow dan kacau rata. Pastikan air lebih dari kuey teow kerana char kuey teow ini perlu sedikit basah apabila dimakan.
- Masukkan taugeh dan terus pecahkan telur di dalam char kuey teow tersebut. Apabila telur kelihatan separa masak, baru dikacau rata di dalam kuey teow tersebut, ini akan memekatkan kuah.
- Apabila telur sudah masak di dalam kuah, matikan api. Jangan biar terlalu lama di atas api, tauge akan layu dan tidak rangup.
- Keluarkan dari kuali dan tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Bolehlah diletak hirisan limau kasturi jika suka, hirisan cili atau cili jeruk. Hidangkan...InsyaAllah.
Tips:
- Kenapa sempoiii??? Sebab kalau char kuey teow original recipe, menggunakan air rebusan udang, dikisar kulit udang untuk dijadikan pes...tetapi Norma hanya gunakan udang kering untuk menaikkan rasa udang tu...sempoiii.
- Bawang putih lebih tak mengapa, lagi wangi dan rasa lain daripada mee goreng atau mihun goreng.
- Mesti berkuah atau basah apabila dihidangkan panas-panas.
- Perlu terus dimakan...kalau tak...kuey toew menjadi kembang, tiada kuah dan akan menjadi kuey teow goreng je le .... :-)